Monday, July 26, 2010

NASYID PIALA TNC







LAGU PERTAMA

.....................................................
Sesuci Mariam
......................................................
Hati mana yang tidak gembira
Bakal memiliki cahayamata
Penyambung zuriat keturunan
Hadir membawa bahagia

Namun dalam kegembiraan itu
Terselit duka yang meruntun kalbu
Insan yang bakal dilahir ke dunia
Tak tahu asal usulnya

Ribut pasir di gurun membara
Tak sehebat kalut di dalam jiwa
Apa jawabmu bila ditanya….
Janin yang membesar di rahimmu…siapa bapanya
Sedang dirimu yang masih suci tiada ternoda

Saidatina Mariam perawan mulia
Tabah kau hadapi dugaan melanda
Saidatina Mariam wanita solehah
Kebenaran terbukti pada yang tak bersalah

Akhlak yang terpuji dan berperibadi yang tinggi
Menjadi pakaian dan perhiasan diri
Sehingga Allah memilih rahimmu yang suci murni
Untuk menghamilkan Isa…seorang nabi

Kau solehah...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


LAGU KEDUA

...................................................
Iman Dan Amal
....................................................
Iman iman di dalam hati
Amal amal sebagai budi
Keduanya perlu beriringan
Baru dikira orang beriman

Ketahuilah pengubat teman
Hindarilah dosa dan noda
Pelihara agama dan bangsa
Agar maruahmu tak dinoda

Iman....iman....Perlu dijaga
Iman....iman....Perlu dipelihara
Iman....iman....Perlu dijaga
Dalam diri (dalam diri)

Amal....amal....banyak kelebihannya
Amal....amal.....banyak hikmahnya
Amal....amal....perlu dijaga
Dalam diri (dalam diri)




nota kaki: berlatih 3 hari je kott......alhamdulillah dapat tmpat ke-3

Monday, July 12, 2010

PELAJARAN BERGUNA

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan. Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah ‘Kapur!’, jika saya angkat pemadam ini, maka katalah ‘Pemadam!’”

Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik, sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah ‘Pemadam!’, jika saya angkat pemadam, maka katakanlah ‘Kapur!’.

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.

Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan pelbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.”

”Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika. Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, seks sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain. Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Faham?" tanya guru kepada murid-muridnya. "Faham cikgu."

"Baik permainan kedua." begitu guru melanjutkan. "Cikgu ada Al Quran. Cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Quran yang ada ditengah tanpa memijak
karpet?" Murid-muridnya berfikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Quran. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

"Murid-murid, begitulah umat Islam dan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Islam
tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah-mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah akidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dengan tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah hancurkan."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka. Dan itulah yang mereka inginkan. Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita.”

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi. Begitulah Islam. Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar. Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang."

Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar daripada kisah ini, sedarlah saudara saudaraku... mari bersama membimbing anak generasi kita...

Wallahu wa'lam...

Friday, July 9, 2010

I'M SORRY!!!


Suatu hari, seorang dari kawasan pendalaman bersama isterinya telah pergi ke Kuala Lumpur untuk menziarahi anak sulung mereka yang sedang belajar di IPTA. Orang desa ini, walaupun tinggal di sebuah kawasan terpencil, bolehlah juga kalau setakat hendak bercakap bahasa inggeris seperti I’m sorry, no, thank you dan mengira setakat one, two, three sampai ten. Kalau bernasib baik, kadang-kadang dia teringat sampai eleven! Selepas menemui anaknya, kedua-dua suami isteri ini meluangkan masa bersiar-siar di sekitar kawasan Kuala Lumpur.
Di kaki lima salah sebuah kedai, orang desa ini telah terlanggar orang putih yang juga sedang menikmati keindahan kuala Lumpur bersama temannya. Pertembungan ini menyebabkan bungkusan mee yang dipegang oleh orang putih itu terjatuh. Sambil memungut bungkusan mee untuk diserahkan semula kepada orang putih tersebut, orang desa ini pun memulakan dialog interaksi mesra berikut;

Orang Desa :I’m sorry…
Orang Putih :I’m sorry too.
Isteri Orang Desa :Abang, jawablah lagi…
Orang Desa :(kerana menyangka too ialah two, orang desa pun
berkata) I’m sorry three..
Orang Putih :What are you sorry for??
Orang Desa :(kerana sangkaan for adalah four, orang desa pun
menjawab) I’m sorry five..
Teman Orang Putih :
Dear, I think this man must be sick!!!
Orang Desa :(Oleh kerana ingatkan sick ialah six, orang desa pun
terus menjawab)
I’m sorry seven..
Teman Orang Putih :Come on, dear, I’m afraid.
Orang Desa :(Mendengar kata-kata afraid, orang desa ini sangka
eight, lalu dia berkata)
I’m sorry nine.

Melihat temannya dalam keadaan tidak selesa, orang putih itu terus berkata, “sorry. I really don’t understand.” Mendengar saja perkataan understand yang berbunyi akhirnya macam ten, bagaikan pemidato agung, orang desa ini pun terus menyambut “I’m sorry even..!” (Tersasul tatkala terlalu ghairah hendak menyambut eleven).
Orang Putih bersama temannya terus berada dalam keadaan terpinga-pinga. Malah, orang putih itu bertambah terpinga-pinga kerana kebetulan panggilan singkatan namanya Even. Bagaimana orang desa itu mengetahui namanta Even!! “Do you know me??” bertanya lagi orang putih itu sebelum dia beredar. Si Isteri orang desa itu terus berbisik lagi kepada suaminya, “dia bertanya apa lagi tu bang?” Suaminya menjawab, “dia tanya aku nak mee ke??” jawab selamba suaminya sambil memandang mee yang dipegang orang putih tersebut.
“Eh, jangan terimalah bang, entah halal entah tidak.!” mencelah isterinya. Si suami kemudian
dengan cepat berkata kepada orang putih, “No, thank you.” Kemudian orang desa bersama isterinya terus meneroka pelbagai premis perniagaan di sekitar Kuala Lumpur. Ternyata dialog yang seketika sahaja telah berjaya meningkatkan peratus kasih sayang isterinya kepada orang desa itu. Si isteri teramat berbangga terhadap pencapaian dan kebolehan suami tersayang.

Ikhtibar: Jika ilmu kita sedikit, maka sedikitlah juga peranan yang boleh dimainkan oleh kita. Agama islam memberi perhatian yang istimewa kepada kecemerlangan ilmu. Kedudukan ini menuntut ummah memberi perhatian yang setepatnya terhadap perkembangan ilmu. Ketinggian ilmu tatkala berganding dengan kekentalan iman dan komitmen amal pasti akan membawa ummah kepada mercu kegemilangan seperti yang telah dicapai oleh ummah terdahulu.

ONE, TWO, THREE!!!


Ketika mula diperkenalkan pengajaran subjek matematik dalam bahsa Inggeris, seorang guru telah mendapat pengalaman indah yang sukar untuk dilupakan. Di hari pertama, dia mengajar subjek tersebut dalam kelas yang agak tercorot, setelag menulis beberapa equation di papan hitam, guru berkenaan pun bertanya kepada murid-murid: “Who wants to try?”
Mendengar sahaja pertanyaan itu, semua murid dalam kelas itu ketawa terbahak-bahak. Panik guru lantaran senario pelik ini. Lalu dia bertanya: “Kenapa kamu semua ketawa?”
Ketua kelas yang terpilih kerana kepandaian dan kepintarannya mengatasi murid lain menjawab: “Cikgu, mana ada one, two, try…..yang ada Cuma one, two, three!!”
Mendengar jawapan itu, sedarlah cikgu ini bahawa dia mempunyai tugas dan misi yang amat besar untuk mengajar subjek matematik dalam bahasa Inggeris..

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

Wednesday, July 7, 2010

KISAH CUCUR UDANG CUCUR KODOK!!!


Suatu petang, ketika sedang menikmati minum petang dengan hidangan the ‘O’ dan cucur udang, si suami yang asyik-asyik nak cari pasal dengan isterinya telah berkata: “Dah 10 biji cucur udang abang makan, seekor udang pun tak ada? Baik bagi nama cucur tepung saja!” si isteri dengan selamba menjawab: “Abang makan cucur badak di kafetaria, seekor badak pun dia orang tak letak, abang tak bising pun. Bukan setakat cucur badak, abang makan cucur kodok di kafetaria tu, seekor kodok pun tak ada, tak pernah pun abang complain.” Tersentak si suami.

Ikhtibar: Berusahalah untuk sentiasa menghargai sumbangan orang lain dan cetuskanlah sifat mulia saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Elaklah sifat negative suka berleter….sesungguhnya leteran berterusan boleh mengikis kasih sayang!