Saturday, May 21, 2011

DUNIA FANTASI YANG COMEL

Assalamualaikum..

Hai, maaf la sbb da lame x update blog ni..dok busy je memanjang..i'm sorry!!!
entry kali ni just nk share picture baby yg cute ni..sumpah mmg cute gilerr..gilerr cute babyy ni..rase nk cubit2 je pipi die yg tembam tuu...eeiiiiiiyyyyy geraammmm!!!!!
rasenye mama baby ni mesti tgh bosan giler kn time ni..maklum la papa baby ni kn kuar g krje,, mama baby ni plak xtau nk wat pe kt rumah..tup tup trkeluar 'idea kreatif' ni...ape2 pun mmg terbaekk la mama babyy ni..(^_^)v

harap korang sume enjoy tgk picture babyy yg super cute ni..


babyy ni tgh tunggu si 'putera katak' muncul n kiss dia..alalaa cute nyerr!!!


jadi 'puteri beradu' lak dia..tp still cute kn..=)


tgk je la ape mama baby ni buat kt babyy ni..kreatif sungguh


siap duduk atas kuda lg tu..


cumill la beliau..(^_^)v


bermain dgn bery2..hehe


cute!!


alahaii, cutenye dia jd ulat buku..


seronoknye dpt terbang....


atas cendawan gergasi..=)


rabbit yg comel..sungguh!!


jd rama2 lak..mmg cute!!


hujan bunga...sungguh luar biasa..=)


comell...


cute babyy n snow man..


still cute..


kasut lg besar dr kaki..hehe


korg nilai la sndiri ye..penat dh ni



p/s: tak tau la klu da ade anak nnti nk wat cm ni ke x..tp nmpk cm best gak..sekurg2nye blh isi msa lapang...hehehe

Thursday, March 10, 2011

.:TUDUNG LABUH:.



Tudung labuh. Ada apa dengan dua perkataan ini? Kisah tudung labuh ini tidaklah cukup popular untuk digembar-gemburkan di media massa. Namun ada ketikanya a juga mampu mengundang pelbagai spekulasi malah juga mampu mencetuskan kontroversi. Tudung labuh adalah satu usaha mulia dalam mematuhi firman ALLAH yang mewajibkan setiap insan bergelar wanita yang baligh menutup aurat mereka. Melindungi mahkota yang indah dari pandangan yang bukan muhrim.

Tapi apabila tudung labuh sudah dianggap sebagai satu identiti bagi ektremis islam, dan ramai yang menggunakan tudung labuh sebagai pelindung. Namun sayang, bukan untuk melindungi aurat, tapi digunakan untuk melindungi perut yang sudah buncit hasil perbuatan terlarang lagi dikutuk. Natijahnya pandangan terhadap yang bertudung labuh ini tercalar. Atas wasilah ini saya terpanggil untuk membicarakan kisah tudung labuh pada artikel kali ini.

Bukan mahu menjadi srikandi membersihkan nama ‘tudung labuh’ ini yang telah tercalar. Tapi sekadar mahu berkongsi sebuah kisah tentang tudung labuh yang sempat mengambil tempat dalam hidup saya.
Sebut sahaja tudung labuh, yang tergambar adalah tudung ala-ala ustazah, dan si pemakainya pula adalah gadis yang berlatarbelakangkan sekolah agama. Malah dengan bertudung labuh ia mampu memberi gambaran bahawa si pemakainya seorang yang alim dan setiap gerak gerinya andai ada yang salah atau melampaui akan dihukum dua kali ganda. Maksud saya bila si tudung labuh yang membuat salah, impaknya akan lebih besar, rasa terkejut orang ramai akan lebih hebat. Lebih tinggi berbanding situasi di mana pelakunya bukanlah seorang yang bertudung labuh. Jika di institusi pengajian tinggi pula, golongan yang bertudung labuh akan turut dikaitkan dengan usrah.

Apabila ada yang mahu berhijrah dari bertudung biasa kepada bertudung labuh, ia akan menjadi satu perkara yang penuh dilema. Kerana pandangan orang sekeliling yang perlu dhadapi. Cuma yang benar-benar berazam sahaja mampu melakukan revolusi ini. Ataupun mereka yang memang sejak dari sekolah menengah lagi memang sudah bertudung labuh. Tapi ironinya, bagi mereka yang bertudung biasa, apabila mahu bertukar ke selendang mahupun tudung ariani, kisahnya tidak akan jadi sesukar mereka yang mahu berpindah kepada tudung labuh. Malah ramai yang akan menyokong mereka dengan memuji mereka kelihatan lebih bergaya.

Saya mengenali seseorang yang bertudung labuh. Dia bukanlah seorang yang pernah bersekolah di sekolah agama. Malah dia juga bukanlah lahir dalam persekitaran yang mendorongnya untuk bertudung labuh. Dia juga pernah melalui zaman ‘free hair’ yakni tidak memakai tudung,kemudian dia berubah kepada memakai tudung biasa. Yang adakalanya jarang sehingga menampakkan batang tengkuk. Pendek dan tidak menutup dada. Kemudian dengan hidayah ALLAH, dia berubah kepada tudung labuh. Sedikit demi sedikit dia membeli tudung labuh, merubah cara dia bertudung. Semua dia lakukan sendiri. Walaupun ibunya sendiri adakalanya memperli, dia pekakkan telinga. Dia terus tabah dalam perubahannya. Alhamdulillah sehingga detik ini, sudah hampir 3 tahun dia bertudung labuh. Dan saya berkesempatan bertanya padanya beberapa soalan.

“Kenapa kau pakai tudung labuh eh?”

“Dulu masa aku kat intensif, ade roommate aku pakai tudung labuh. Tengok dia pakai macam cantik dan sejuk mata aku tengok. Lagipun aku suka tengok orang yang bertudung labuh. Lebih-lebih lagi budak sekolah agama. Walaupun ada antaranya yang tidaklah cantik, tapi ada seri kat wajah diorang. Bersih dan diorang nampak terpelihara. Mungkin sinar iman kot.” Dia ketawa pada hujung jawapannya.

“Kalau orang yang tak pakai tudung tak cantik ke?” Saya bertanya lagi.

“Urm, ada juga yang cantik. Ramai kot. Tapi mereka sekadar cantik. Pada pandangan aku, walaupun memang diorang cantik, tapi tiada seri. And it same goes to yang bertudung tapi jarang, singkat atau kedua-duanya sekali.” Jujur dia menjawab.

“Apa pandangan kau pada pemakaian tudung labuh?”


“Susah soalan kau ni. Aku jawab mengikut baai aku eh.”

“Boleh-boleh. Tak jadi masalah. Teruskan.” Saya memberi kebenaran.

“Pada aku, dengan bertudung labuh ni. Menunjukkan kesungguhan kita dalam menutup aurat. Berusaha semampunya mematuhi firman ALLAH untuk melabuhkan tudung menutupi dada. Dan kebanyakan tudung labuh ini adalah tidak jarang. Jadi, insyaALLAH masalah jarang takkan timbul. Kecuali tudung puth, jadi bla nak beli tudung putih kena lebih berhati-hati. Dari segi emosi pulak, dengan bertudung labuh ni aku rasa lebih dilindungi.
Wanita telah diciptakan ALLAH sebagai tarikan untuk lelaki. Bila aku tengok ada yang bertudung, tapi tidak menutupi dada sehingga menampakkan apa yang sepatutnya dilindungi, aku jadi sedih. Kasihan memikirkan suami dia nanti, apa yang istimewanya kalau sekarang semua orang boleh nampak apa yang patutnya dilindungi. Dan dia juga membuka satu jalan buat syaitan sebab lelaki sangat mudah terangsang walaupun dengan perkara-perkara yang remeh.” Terluah apa yang mahu dia sampaikan.

“Jadi yang berselendang dan bertudung biasa ni tak bersungguh-sungguh ke dalam menutup aurat?” Saya cuba membuat provokasi.

“Bukan hak aku untuk menilai. Cuma kalau sudah berselendang pendek, yang jarang dan nampak tengkuk malahan telinga, di mana kesungguhannya? Padahal semua ni perlu ditutupi. Mungkin dalam fikiran mereka tertimbul satu pendirian, xpela asalkan aku bertudung. Di situlah aku nampak kurangnya kesungguhan mereka. Tapi aku taklah generalize semua yang berselendang dan bertudung biasa ni tiada kesungguhan. Mungkin ada yang baru mahu memulakan pemakaian tudung. Semoga mereka bertemu dengan cara yang betul dan ikhlas dalam bertudung. Tidak tersasar dari tujuan yang satu, iaitu menutup aurat.”

“Habis tu semua orang kena pakai tudung labuh la eh?” Saya meminta kepastian.

“Di situlah silapnya. Semua orang fikir perlu bertudung labuh. Dan bila sebut tudung labuh, timbullah segala gambaran stereotype tentang tudung labuh. Padahal bukan memakai tudung labuh yang menjadi tuntutan.” Dia cuba berkias.

“Habis tu apa?” Saya jadi kurang mengerti.


“Melabuhkan tudung itu yang penting. Bila sebut melabuhkan, pastinya tujuan adalah untuk menutupi. Jadi kain yang digunakan mestilah tidak jarang. Tak kisahlah bagi yang berselendang lilit-lilit pun, carilah selendang yang panjang dan tak jarang. Lilitlah dengan penuh kreatif agar ia labuh dan menutupi dada. Bagi yang bertudung biasa, carilah yang sesuai dengan saiz anda, janganla si tubuh besar memakai saiz yang terlalu kecil. Dan janganlah silangkan tudung tu sehingga menampakkan apa yang sepatutnya dilindungi. Itu yang penting. Melabuhkan tudung tak kira jenis tudung apa yang dipakai. Dan di sinilah kelebihan tudung labuh. Sebab antara semua, tudung labuh adalah pilihan paling bernas dan efektif.” Dia berhenti di situ dan mengakhiri mesejnya dengan senyuman.


p/s: Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah Wanita Solehah..

Friday, March 4, 2011

PEGANG ANJING ATAU BABI vs PEGANG KEKASIH BUKAN MAHRAM

Mari K.I.T.A dengar dulu kisah lembu dan anjing dan bersama-samalah K.I.T.A ambil iktibar daripadanya...



KISAH LEMBU & ANJING

Lembu : Hai anjing,apa kabar? Macam ada yang tak kena ja?

Anjing : Aku tengah tension ni.Mau ja aku gigit manusia tadi.

Lembu :eh,kenapa ?

Anjing : Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki & perempuan yang sedang berkepit.Tetiba si lelaki Terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing!!!Pergi jauh-jauh!!!Najis!!!”

Lembu : Iya lah.Kau kan haram.Najis tahap berat bagi manusia .Biasalah tu.

Anjing : Kalau aku najis sekali pun,kalau dya tersentuh aku,boleh disamak kan.Yang dya sentuh & raba -raba awek dya tu apa?Boleh ka nak samak dosa?

Lembu : Betul tu.Memegang wanita yang bukan mahram tanpa ikatan sah lebih dasyat kenajisannya dp Memegang kau anjing,malah tak boleh suci sekalipun di samak.

Anjing : Wah…Ayat ko memang power la.



ANJING dan BABI adalah makhluk Allah sama seperti kita. Kekuatan manusia adalah pada iman dan akal fikiran.Menilai sesuatu perkara baik dan buruk, kemudian baru tindakan di buat.Ini adalah perbezaan di antara pegang ANJING dan BABI berbanding pegang BUKAN MAHRAM



Sekiranya kita sengaja PEGANG ANJING atau BABI:

1) TAK BERDOSA

2) KENA SAMAK

3) BERDOSA JIKA KITA MAKAN DAGING



Kalau sengaja pegang BUKAN MAHRAM pula:

1) BERDOSA

2) AURAT TIDAK DIJAGA, TENGOK HARAM

3) BERDUA-DUAAN BERPEGANG TANGAN BOLEH TIMBUL FITNAH DAN HARAM

4) MENGHAMPIRI ZINA YANG BOLEH TERJEBAK DENGAN ZINA YANG KEJI

5) KENA MINTAK AMPUN KEPADA ALLAH DENGAN BERTAUBAT



“Bergerombolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan(secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahramnya.” Riwayat Ibnu Majah



Berdasarkan hadith di atas, jelas sekali Islam melarang keras lelaki dan perempuan yang bukan mahram untuk bersentuhan, sehingga dikatakan menyentuh kulit khinzir adalah lebih baik daripada menyentuh kulit orang yang bukan mahram kita. Khinzir tu dah dikira sehina-hina makhluq pada pandangan kita, orang Islam. Tapi lihatlah, ternyata rupa rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada tu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan mahram itulah yang ternyata lebih hina daripada khinzir!



Bersentuhan (dengan sengaja dan apatah lagi bertujuan syahwat) antara lelaki dan perempuan bukan mahram tanpa adanya ikatan pernikahan yang sah adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing/ khinzir tidaklah berdosa dan hanya perlu disucikan melalui samak (bukan bertaubat!). Ini kerana, yang diharamkan ke atas kita adalah untuk memakan dagingnya, dan bukanlah menyentuhnya. Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh pasangan bukan mahram yang tidak halal bagi seseorang itulah yang dikira sebagai dosa dan maksiat!


"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (HR At-Tabrani dan Baihaqi)



Apapun, semuanya bergantung kepada keyakinan kita kepada Tuhan. Ingat, bukan setakat percaya, tetapi YAKIN! Kita semua percaya Tuhan itu ada. Tapi adakah kita benar-benar yakin bahawa Tuhan itu ada? Kalau jawapan kita "ya", maka kita akan akui dan geruni segala kekuasaan-Nya. Kita akan turuti setiap kemahuan-Nya dan tinggalkan segala larangan-Nya. Kita akan sentiasa ingat, walaupun hanya pasangan kita saja yang tahu apa yang kita buat, tetapi hakikatnya Allah nampak dan tahu setiap sesuatu. Setiap daun yang gugur, dan setiap rasa dalam hati. Semuanya Allah tahu. Dia yang Maha Mengetahui. Ingatlah... Janganlah sesekali kita jadikan diri kita hamba kepada nafsu, tapi biarlah nafsu itu yang menjadi hamba kepada kita!



KETAHUILAH WAHAI WANITA...SEKIRANYA KALIAN SENGAJA MENGIZINKAN ATAU MERELAKAN KEKASIH LELAKI YANG BUKAN MUHRIM MENYENTUH KALIAN...ITU SUDAH CUKUP MEMBUKTIKAN BETAPA MURAHNYA HARGA DIRI KALIAN...DAN TIDAK MUSTAHIL ANDA AKN LAKUKAN LEBIH DARI PADA SENTUHAN KERANA DIRI KETIKA ITU SUDAH HILANG HARGA DIRI...



Islam memandang serius dalam hal pengharaman dalam bersentuhan kerana...bermulanya dr PANDANGAN akan turun ke hati, kemudian akan rasa ingin bersentuhan, ingin belaian kerana terkena panahan Iblis yang mengajak kepada kemungkaran...dan akhirnya berlaku PENZINAAN...



Rasulullah bersabda: mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia(HR Bukhari dan Muslim)



OLEH ITU JAGALAH MARUAH KALIAN ITU DENGAN SEBAIKNYA...



sember: kongsibersama07.blogspot.com
~Jom Tutup Aurat Dan Jaga Akhlak~





Sunday, February 13, 2011

.:VALENTINE'S DAY:.


Amalan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine’s Day) setiap 14 Februari jelas bercanggah dengan syara’. Apa lagi hari itu mempunyai unsur kepercayaan agama Kristian dan menjurus pula kepada kerosakan akhlak yang parah.

Islam menilai cinta sebagai sesuatu yang agung dan suci. Namun, cinta dinilai begitu murah oleh banyak orang hari ini. Mudah saja mereka menggunakan istilah cinta untuk menampakkan yang haram seperti O.K. Inilah akibatnya apabila nafsu sudah bermaharajalela. Nafsu itu disangka cinta!

Sisi Gelap

Hari Kekasih seperti mana perayaan-perayaan lain turut mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Saya berpendapat pada hari ini sudah ramai yang mengetahuinya cuma sebahagiannya sengaja mengambil sikap acuh tidak acuh atau buat-buat tidak tahu.

Versi 1

Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II.

Raja Rom itu memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh sebab Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap menyebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari.

Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian.

Terdapat sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh.

Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).

Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.

Versi 2

St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Versi 3

Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.
Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu sebagai hari kasih sayang kerana mereka menyangka Islam adalah agama yang zalim.

Serangan Pemikiran

Hari ini kita menyaksikan umat Islam dibantai secara terang-terangan oleh musuh-musuh yang telah lama menyimpan dendam. Hari ini juga kita tidak perlu lagi meredah belantara mencari musuh kerana musah sudahpun berada bersama-sama kita. Kita telah diserang dari pelbagai arah sama ada secara sedar atau tidak.

Musuh hari ini lebih licik membaca kelemahan kita. Mereka sedar kita tidak mungkin tumbang selagi hati kita masih erat berpegang pada al Quran dan as Sunnah.

“Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah.” (HR. Imam Malik)

Maka, musuh berusaha mengadakan penyimpangan untuk memesongkan umat dari jalan tersebut. Penyimpangan itu menjauhkan umat daripada dua sumber kekuatan tadi. Sungguh, penyimpangan itu terlalu banyak dan berada di mana-mana sahaja dan salah satunya adalah dianjurkan Hari Kekasih yang merupakan serangan pemikiran ke atas umat.

Pandangan Islam

Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mengambil begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber daripada Islam?

“Dan janglah kamu megikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya”. (al-Isra’: 36)

Dalam Islam kata “tahu” bererti mengetahui dengan seluruh pancaindera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekadar melihat atau mendengar. Oleh sebab itu, Islam amat melarang tabiat yang mengikut suatu kepercayaan lain tanpa didahului ilmu yang disebut taqlid membuta tuli.

“Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama), maka dia termasuk kaum (agama) itu.” (HR. Abu Dawud)

“Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka dan mereka tidak lain hanyalah berbohong (terhadap Allah).” (al-An’am : 116)

Cukuplah Dengan Ar-Rahman, Ar-Rahim

Tidak perlu kita berasa takjub dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengasih? Bukan hanya sehari, tetapi selama-lamanya. Bukan pula diselubungi dengan hawa nafsu, tetapi terlalu agung mengatasi segala cinta.

Kerana Allah Itu Ar-Rahman, maka seluruh manusia dapat hidup di muka bumi dengan nikmat dan rezeki yang sesetengahnya dikuniakan dengan melimpah ruah. Disebabkan Allah itu Ar-Rahim, maka orang-orang beriman dikuniakan balasan agung meliputi dunia dan akhirat.

Setiap hari kita menyebut kalimah Bismillah hirrahman nir rahim. Baik sebelum makan, mahupun ketika sembahyang. Jika kita makan lima kali sehari, bermakna sekurangnya-kurangnya kita menyebut kalimah itu sebanyak lima kali. Jika kita sembahyang lima kali sehari, bermakna kita menyebutnya berpulu-puluh kali lagi. Itu tidak termasuk kalau kita menyebut nama kalimah tersebut ketika membuka pintu kereta, memandu atau sebelum memulakan apa-apa pekerjaaan.

Peliknya mengapa sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim itu tidak pula menjadi amalan, slogan yang mendarah daging dalam diri kita? Sebaliknya, pihak lain pula yang menggunakannya untuk menjaja konon agama mereka dipenuhi kasih sayang.

“Wahai Ar-Rahman Ar-Rahim, wahai Tuhan yang mencurahkan kasih, sempurnakanlah iman kami dan ampunilah dosa kami, sesungguhnya engkau berkuasa atas segala sesuatu.”

Wallahua’lam.

sumber:
http://kalamfitrah.blogspot.com/2011/02/hari-kekasih-kasih-yang-tidak-bernilai.html