Friday, July 9, 2010

I'M SORRY!!!


Suatu hari, seorang dari kawasan pendalaman bersama isterinya telah pergi ke Kuala Lumpur untuk menziarahi anak sulung mereka yang sedang belajar di IPTA. Orang desa ini, walaupun tinggal di sebuah kawasan terpencil, bolehlah juga kalau setakat hendak bercakap bahasa inggeris seperti I’m sorry, no, thank you dan mengira setakat one, two, three sampai ten. Kalau bernasib baik, kadang-kadang dia teringat sampai eleven! Selepas menemui anaknya, kedua-dua suami isteri ini meluangkan masa bersiar-siar di sekitar kawasan Kuala Lumpur.
Di kaki lima salah sebuah kedai, orang desa ini telah terlanggar orang putih yang juga sedang menikmati keindahan kuala Lumpur bersama temannya. Pertembungan ini menyebabkan bungkusan mee yang dipegang oleh orang putih itu terjatuh. Sambil memungut bungkusan mee untuk diserahkan semula kepada orang putih tersebut, orang desa ini pun memulakan dialog interaksi mesra berikut;

Orang Desa :I’m sorry…
Orang Putih :I’m sorry too.
Isteri Orang Desa :Abang, jawablah lagi…
Orang Desa :(kerana menyangka too ialah two, orang desa pun
berkata) I’m sorry three..
Orang Putih :What are you sorry for??
Orang Desa :(kerana sangkaan for adalah four, orang desa pun
menjawab) I’m sorry five..
Teman Orang Putih :
Dear, I think this man must be sick!!!
Orang Desa :(Oleh kerana ingatkan sick ialah six, orang desa pun
terus menjawab)
I’m sorry seven..
Teman Orang Putih :Come on, dear, I’m afraid.
Orang Desa :(Mendengar kata-kata afraid, orang desa ini sangka
eight, lalu dia berkata)
I’m sorry nine.

Melihat temannya dalam keadaan tidak selesa, orang putih itu terus berkata, “sorry. I really don’t understand.” Mendengar saja perkataan understand yang berbunyi akhirnya macam ten, bagaikan pemidato agung, orang desa ini pun terus menyambut “I’m sorry even..!” (Tersasul tatkala terlalu ghairah hendak menyambut eleven).
Orang Putih bersama temannya terus berada dalam keadaan terpinga-pinga. Malah, orang putih itu bertambah terpinga-pinga kerana kebetulan panggilan singkatan namanya Even. Bagaimana orang desa itu mengetahui namanta Even!! “Do you know me??” bertanya lagi orang putih itu sebelum dia beredar. Si Isteri orang desa itu terus berbisik lagi kepada suaminya, “dia bertanya apa lagi tu bang?” Suaminya menjawab, “dia tanya aku nak mee ke??” jawab selamba suaminya sambil memandang mee yang dipegang orang putih tersebut.
“Eh, jangan terimalah bang, entah halal entah tidak.!” mencelah isterinya. Si suami kemudian
dengan cepat berkata kepada orang putih, “No, thank you.” Kemudian orang desa bersama isterinya terus meneroka pelbagai premis perniagaan di sekitar Kuala Lumpur. Ternyata dialog yang seketika sahaja telah berjaya meningkatkan peratus kasih sayang isterinya kepada orang desa itu. Si isteri teramat berbangga terhadap pencapaian dan kebolehan suami tersayang.

Ikhtibar: Jika ilmu kita sedikit, maka sedikitlah juga peranan yang boleh dimainkan oleh kita. Agama islam memberi perhatian yang istimewa kepada kecemerlangan ilmu. Kedudukan ini menuntut ummah memberi perhatian yang setepatnya terhadap perkembangan ilmu. Ketinggian ilmu tatkala berganding dengan kekentalan iman dan komitmen amal pasti akan membawa ummah kepada mercu kegemilangan seperti yang telah dicapai oleh ummah terdahulu.

No comments:

Post a Comment