Monday, December 6, 2010

.:1 MUHARRAM:.


Sama ada terasa sekejap atau lama, tahun 1431H akan melabuhkan tirai. Bagi saya, sudah tentu masa terasa begitu cepat berlalu sehingga perkara2 yang lepas seolah-olah baru saja berlaku semalam. Benarlah apa yang dinyatakan oleh As Syeikh Dr. Yusuf Qardhawi dalam bukunya, Pengurusan Masa Dalam Islam bahawa masa itu berlalu seperti awan yang bergerak, tidak akan pernah kembali lagi.

Azam

Saya percaya ramai yang berazam bahkan ada yang bernazar untuk membuat/mencapai sesuatu setiap kali ketibaan tahun baru termasuklah saya sendiri. Saya berpendapat berazam itu adalah sesuatu yang baik walaupun mungkin azam tersebut tidak dapat dicapai kerana sama ada gagal atau berjayanya azam itu adalah persoalan lain.

Azam adalah sebuah keinginan yang lahir daripada kesedaran seseorang untuk membuat anjakan kepada suatu keadaan yang lebih baik dan akhirnya membenihkan cita-cita. Azam adalah bukti wujudnya impian dan cita-cita dalam diri seseorang yang berbeza dengan angan2. Tetapi perlu diingat bahawa azam tanpa usaha sebenarnya adalah angan2!

Apapun azam yang ditetapkan hendaklah setiap diri berpijak di bumi yang nyata dan yang lebih penting mengutamakan redha Allah sekalipun tidak diredhai manusia. Azam perlu diringi usaha dan tawakal kepada Allah jua supaya ia dinilai sebagai satu ibadah di sisiNya. Jadikanlah azam kita sebagai satu cara untuk melakukan islah bukanlah sekadar suka2 yang tidak membawa apa2 makna atau dianggap sebagai satu adat apabila masuknya tahun baru.

Pedoman

"Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah."
1 Muharram adalah detik bersejarah buat umat kerana tarikh inilah yang menjadi hari pertama dalam perkiraan tahun hijrah. Sekiranya disingkap kembali peristiwa hijrah pastilah terkandung banyak sekali hikmah dan ibrah yang tersurat mahupun tersirat. Peristiwa yang telah menyaksikan pengorbanan para sahabat yang cinta mereka tidak berbelah-bahagi terhadap Allah dan rasulNya. Inilah cinta sejati yang tidak mengenal jerih-payah bahkan sanggup mengorbankan segala-galanya demi yang dicintai.

Sewajarnya peristiwa ini sentiasa tersemat kukuh dalam ingatan kita. Rasanya sudah acap kali kita mendengar kisah hijrah nabi dan para sahabat sejak di bangku sekolah lagi. Cuma yang menjadi persoalan ialah sejauh mana kita menghayati kisah ini. Sesungguhnya, hijrah adalah peristiwa yang telah ditakdirkan untuk mengajar umat bukan sekadar untuk disambut seperti sambutan tahun baru.

Saya berharap sambutan Ma’al Hijrah yang diadakan saban tahun di negara kita dapat mengembalikan ingatan tentang peristiwa hijrah kepada mereka yang lupa dan menambahkan penghayatan bagi mereka yang sentiasa ingat. Sambutan itu hanyalah satu cara tetapi matlamatnya adalah mencontohi nabi dan para sahabat.
Wuallahua’lam.


Semoga kita dihijrahkn dan dikeluarkn kita drp gelap gelita kpd terang cahaya islam dn iman, dr mksiat kpd ketaatan, dr kejahiln kpd brpengetahuan, drp syirik kpd tauhid, drp kebatilan kpd kebenaran, drp sibuk dgn dunia kpd sibuk dgn akhira...t, drp jahil dn buta kpd Allah kpd mengenal Allah...

Mudah2an segala dosa2 dan kesalahan yang lalu diampunkan ALLAH dan segala kebaikan dan kebajikan diterima ALLAH... Mudah2an juga diberi petunjuk, taufiq rahmat dan pertolongan yang berkekalan pada kita untuk meneruskan perjalanan pada tahun yang mendatang ini... Insya ALLAH..
Amin...

No comments:

Post a Comment